Sukacita dimaklumkan bahawa komuniti Perbadanan Pengurusan Kenari, Kangkar Pulai, Johor yang telah berjaya menerima tawaran dana di bawah inisiatif kebun komuniti All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) bagi Program Kenari Hydrogarden berjumlah RM40,000.00.
2. Pihak Perbadanan Kenari ingin bekerjasama dan melantik Penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia sebagai Penceramah dan Fasilitator bagi butiran berikut:
Tarikh : 17 Julai 2026 (Julai)
Masa : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Perbadanan Pangsapuri Kenari, Kangkar Pulai
Tajuk : Modul 6- Pengenalan Kepada Elektrik Solar Di Malaysia Dan Jenis-Jenis Sistem Solar
3. Besarlah harapan kami sekiranya pihak saudara dapat menyumbang kepakaran dan pengalaman bersama dalam menjayakan program ini.
Kerjasama daripada pihak saudara kami dahului dengan ucapan terima kasih.




